Mesyuarat Agung Tahunan Perwanis
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, NADI diberi peluang untuk membuka booth kesihatan kendiri di majlis Mesyuarat Agung Tahunan PERWANIS. Majlis tersebut diadakan di kediaman Menteri Besar Perlis dan dihadiri pelbagai agensi yang terlibat. NADI mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada komuniti membuat pemeriksaan kesihatan iaitu pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, dan BMI badan. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepada komuniti agar lebih berhati – hati dengan penyakit yang sering dialami manusia tanpa mengira bangsa dan umur.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: